Separuh daripada 34 kluster baharu hari ini babitkan tempat kerja

September 12, 2021 · Isu semasa

Separuh daripada 34 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi membabitkan jangkitan di tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kluster sejak awal tahun lalu sebanyak 5,121 kluster dengan 3,681 telah ditamatkan dan 1,440 lagi masih aktif, katanya.

Pada masa sama beliau dalam kenyataan hari ini berkata 14 kluster komuniti turut dikesan, manakala dua lagi membabitkan kluster kumpulan berisiko tinggi masing-masing di Johor dan Kelantan, serta satu kluster keagamaan di Pahang.

Daripada 17 kluster tempat kerja itu, 10 dilaporkan di Johor membabitkan seramai 339 individu dengan jumlah tertinggi direkodkan di Industri Jalan Sawmill Gemas Baru, Segamat iaitu 79 kes.

Dua kluster tempat kerja juga dikesan masing-masing di Perak dan Pulau Pinang, dan masing-masing satu di Kelantan, Sarawak dan Putrajaya.

Bagi jangkitan dalam komuniti pula Kelantan merekodkan sembilan kluster membabitkan 112 individu, diikuti dua kluster di Sarawak, dan masing-masing satu di Johor, Kedah dan Perak

“Dalam tempoh itu juga seramai 20,980 pesakit Covid-19 disahkan sembuh,” katanya.

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, 1,298 pesakit berkaitan Covid-19 masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 960 disahkan positif dan 338 kes lagi masih dalam siasatan.

Daripada 744 pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan. 444 kes disahkan adalah pesakit positif Covid-19 manakala 300 lagi disyaki, ada kemungkinan dan dalam siasatan kerana disyaki dijangkiti Covid-19.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal kapal tak siap, kontraktor bawa petugas media ke tapak pembinaan
5 minit lalu · Isu semasa
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
22 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
30 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
34 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok