Seorang Timbalan Menteri UMNO sahkan kekal dalam Kabinet PN

August 4, 2021 · Isu semasa

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib mengesahkan kekal berada dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) dan akan meneruskan tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata akan menyokong pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan terus melaksanakan serta memberi khidmat kepada rakyat, terutamanya ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19 ketika ini.

“Parti turut menzahirkan sokongan penuh patik kepada kerajaan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan Malaysia sebagaimana sokongan patik kepada Perdana Menteri sebelum ini dan juga kerajaan, tidak lain dan tidak bukan kerana amanah dan tanggungjawab patik kepada agama, bangsa dan negara.

“Justeru, sebagai Timbalan Menteri Persekutuan, patik akan terus melaksanakan dan memberi khidmat sehabis baik dengan jujur, bersih, cekap dan amanah demi rakyat, agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ismail turut menzahirkan penghargaan atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam memerintah negara dan menjaga kepentingan rakyat yang membuatkan rakyat jelata turut terdidik dengan sifat mulia dan berhemah tinggi.

“Keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap apa jua isu telah membuatkan rakyat jelata turut terdidik dengan sifat-sifat mulia dan berhemah tinggi.

“Patik menjunjung kasih atas kebijaksanaan Tuanku, partik sebagai rakyat Tuanku dan tidak akan dilupa, Almarhum Paduka Baginda Ayahanda Tuanku yang memperkenan patik untuk berkhidmat selama empat penggal sebagai Ahli Parlimen Maran, Pahang,” katanya lagi.

Ujarnya, keprihatian Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga kebajikan rakyat semasa berdepan Covid-19 juga dipuji kerana ia membuktikan Raja berdaulaat dan bermartabat tinggi.

“Patik merasa terhari dan bangga dengan sifat mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terutama di akhir-akhir ini, semasa negara dan rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19,” katanya

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok