Seorang lelaki ditahan muat naik hantaran menghasut dalam TikTok

May 22, 2023 · Isu semasa

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur hasutan di media sosial.

Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata lelaki berusia 51 tahun itu yang menggunakan nama @Cheartstudi dalam akaun Tik Toknya ditahan di sekitar Kuala Muda, Kedah, Sabtu lepas, menurut laporan Bernama.

“Suspek disyaki telah memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek direman tiga hari sehingga 23 Mei di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia1998.

Noorsiah mengingatkan orang ramai agar menghormati institusi kehakiman negara yang dirangka kewujudannya berpandukan Perlembagaan Persekutuan untuk menegakkan keadilan berlandaskan undang-undang.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan bagi maksud menghina atau memperlekeh sistem perundangan Malaysia akan diambil tindakan tegas,” katanya.

Berita berkaitan
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023· Uncategorized
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Polis buka siasatan terhadap akaun TikTok kritik PMX
August 2, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
17 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok