Seorang guru berdepan 32 pertuduhan seks luar tabii, amang seksual

September 17, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 32 pertuduhan didakwa terhadap seorang guru di di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini, ia melibatkan kes persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan amang seksual fizikal yang membabitkan tujuh pelajar tahun lalu.

Mohd Faizal Amir, 32, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas semua pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Guru tersebut mengajar di sebuah sekolah menengah di Tapah dan tujuh mangsanya remaja lelaki berusia 14 hingga 16 tahun yang juga pelajar sekolah sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah warden sekolah berkenaan antara 28 Julai hingga 28 September tahun lalu.

Mohd Faizal menghadapi 10 pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi 22 lagi tuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Shuh Yuan dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farid Wajdi Hanif.

Shuh Yuan kemudian memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan, namun Muhammad Farid memohon ikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

Intan Nurul Farena membenarkan lelaki terbabit diikat jamin RM5,000 bagi setiap kes dengan jumlah keseluruhan RM55,000 yang kemudian dibayar oleh tertuduh.

Mahkamah turut mengarahkan guru berkenaan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan dilarang mendekati semua mangsa sebelum menetapkan 15 November ini untuk serahan dokumen.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok