Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit

August 16, 2022 · Isu semasa

Beberapa Ahli Dewan Negara hari ini menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Senator Datuk Razali Idris berkata penubuhan RCI itu adalah bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada pendakwaan, lapor Bernama.

“Dewan Negara rasa ada keperluan menubuhkan RCI untuk siasat skandal pembelian LCS yang melibatkan kontrak rundingan terus dengan nilai RM9.128 bilion kerana kita juga ingin tahu mengapa bayaran oleh pihak kerajaan sebanyak RM6.083 bilion dilakukan tetapi sehingga kini, tiada kapal diserahkan kepada TLDM.

“Saya bimbang sekiranya isu sebesar ini tidak dicermati siasatannya maka akan mencemarkan nama dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM. Justeru, RCI ini amat diperlukan sesegera mungkin,” katanya ketika membahas usul berkaitan projek LCS di Dewan Negara hari ini.

Bagi Senator Muhammad Zahid Md Arip, penubuhan RCI mampu memberi ketelusan kepada siasatan projek itu sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat.

“Sekiranya dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, saya penuh yakin dan percaya baginda akan memberi perkenan. Kita perlu laksanakan siasatan ini secara terbaik dan mengamalkan amar makruf nahi mungkar,” katanya.

Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh pula meminta laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) serta laporan audit forensik yang telah dinyahklasifikasikan disiarkan kepada umum sesegera mungkin.

Beliau berkata penyiaran laporan itu kepada umum dapat membantu pemahaman yang lebih adil dan bersandarkan fakta serta tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak termasuk ahli politik.

Dalam pada itu, Senator Fadhlina Sidek meminta penjelasan sama ada pertukaran reka bentuk LCS daripada SIGMA kepada GOWIND merupakan kehendak TLDM atau saranan Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Terdahulu, Senator Lim Hui Ying mengusulkan supaya Dewan Negara membahaskan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan perolehan LCS yang mendedahkan pelbagai kepincangan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam keseluruhan projek itu.

Sebelum ini, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 mendapati tiada satupun kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu, yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion, memperuntuk lima kapal harus disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022.

Berita berkaitan
Hari Kebangsaan: Agong dan Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum
August 31, 2023· Isu semasa
Calon PKR DUN Permatang kata hina gambar PMX sama seperti hina Agong
August 1, 2023· Politik
Kenapa PKR lantik orang hina Agong jadi Setiausaha Penerangan? soal Wan Saiful
July 20, 2023· Politik
Tak perlu tangkap, Sanusi bukan pelarian : MB Terengganu
July 18, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
17 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok