Senator dilantik Pengerusi Finas, Mohamad Salim dilantik Pengerusi SKMM

June 10, 2022 · Isu semasa

Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024, umum Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata pelantikan Zurainah yang menggantikan Zakaria Abdul Hamid yang telah tamat perkhidmatan pada 22 Mei lepas, selaras dengan Seksyen 4(1) Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013), lapor Bernama.

“Saya yakin pelantikan Senator Zurainah yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang boleh membawa nafas dan iltizam baharu, bagi membantu perkembangan industri perfileman dan kreatif di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Zurainah juga merupakan Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan.

Selain Ahli Dewan Negara Zurainah juga merupakan ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Ahli Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad dan mengetuai Jabatan Hubungan Strategik Berjaya Corporation, serta menjadi pengarah kepada sejumlah anak syarikat Berjaya Assets Berhad.

Beliau juga merupakan pengarah di dalam Kumpulan UZMA dan turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ahli Lembaga Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Penasihat Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU (PRIMAS).

Annuar percaya pihak berkepentingan dalam industri perfileman dan kreatif juga, akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal diketengahkan oleh kerajaan melalui FINAS, yang bermatlamatkan untuk memberi manfaat serta kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu, Annuar juga mengumumkan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), bagi menggantikan Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang mengakhiri perkhidmatannya, semalam.

Annuar berkata pelantikan yang berkuat kuasa hari ini sehingga lantikan pengerusi baharu itu, adalah selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Bahagian II, Seksyen 14 – Perjalanan sementara fungsi Pengerusi), di mana salah seorang Ahli Suruhanjaya boleh dilantik menjalankan tugas sebagai pengerusi apabila berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Beliau turut yakin pelantikan Mohamad Salim akan membawa kesegaran dan suntikan baharu bagi membantu perkembangan industri telekomunikasi di negara ini.

“Mohamad Salim merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan sekarang turut berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya kepada SKMM. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB,” katanya.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna Sdn Bhd itu juga pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam pelbagai industri, termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Heitech Padu dapat kontrak RM66.84 juta daripada Kementerian Pertahanan
September 10, 2022
Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz
July 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok