Semua program, strategi Covid-19 kini diletak bawah KKM, kata PM

August 28, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengendalikan semua program berkaitan vaksinasi dan strategi kesihatan berkaitan Covid-19 melalui menteri baharu dilantik dilantik Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula yang kini diterajui bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba akan memfokus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan vaksin wabak berkenaan.

“Jika dahulu ada dua kementerian berkaitan Covid-19) iaitu KKM dan MOSTI selain ada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh dua menteri, dua Ketua Setiausaha (KSU) dan dua Ketua Pengarah… agak sukar kalau masih dua kerana mungkin berbeza daripada pandangan dan sebagainya.

“MOSTI pula akan fokus mengeluarkan vaksin sendiri kerana jika Thailand boleh mengumumkan akan keluarkan vaksin sendiri, maka Malaysia juga boleh mengeluarkan vaksin kerana Covid-19 akan menjadi endemik dan akan berada di persekitaran kita seperti penyakit denggi menyebabkan vaksin masih diperlukan.

“Sebab itu, MOSTI kena fokus supaya kita tidak bergantung kepada negara luar kerana apabila kes bertambah dan kita masih bergantung (bekalan vaksin) dari luar, itu akan menyebabkan bekalan agak terjejas. Jika kita boleh keluarkan vaksin sendiri keadaan akan berbeza,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Eksesais Para Predator Siri 1/2021 yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di Kampung Batu Bor di sini Bera, hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

“Terima kasih Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat emas bagi acara angkat berat lelaki.

“Anda kebanggaan kami apabila lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumi Jepun,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Ismail Sabri turut tidak melupakan jurulatih Bonnie yang membantu atlet kelahiran Sarawak itu memenangi emas.

Berita berkaitan
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
13 jam lalu· Politik
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
19 jam lalu· Politik
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
October 2, 2022· Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
October 2, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
8 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
9 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
9 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok