Semua perkhidmatan kerajaan tanpa tunai akan dilaksanakan pada 2022

June 8, 2021 · Isu semasa

Putrajaya akan melaksanakan pembayaran tanpa tunai bagi semua perkhidmatan kerajaan bermula tahun depan bagi memastikan kelancaran dalam pengurusan yang lebih teratur, kata Kementerian Kewangan.

Menterinya, Senator Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat ini dibawah inisiatif MyDigital itu, hampir 60 peratus kutipan hasil kerajaan diterima menerusi e-bayaran pada hujung tahun 2020.

“Ini akan membawa kepada keselamatan transaksi lebih tinggi, penyelarasan lebih baik dan meningkatkan komunikasi mengenai inisiatif antirasuah serta perkongsian maklumat lebih mudah,” katanya semasa Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA 2021.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua agensi kerajaan akan menawarkan transaksi tanpa tunai sebagai “pilihan utama” menjelang 2022.

Jelasnya, langkah peralihan ke arah pendigitalan tersebut diambil kerajaan semasa negara berdepan penularan pandemik Covid-19 bagi mengurangkan kontak langsung antara rakyat dan pegawai kerajaan.

Selain memodenkan penyampaian perkhidmatan awam ia juga dapat memastikan semua bantuan kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih mudah dan telus.

“Setakat ini, bantuan langsung kebanyakannya dilakukan tanpa tunai, dengan permohonan dan bayaran untuk Bantuan Prihatin Rakyat serta Geran Khas Prihatin dibuat secara elektronik dan dalam talian.”

Beliau turut mengakui usaha MIA mengukuhkan fungsi kewangan sektor awam dan mengucapkan terima kasih kepada profesion perakaunan atas usaha berterusan untuk menyokong kesinambungan perniagaan.

Selain itu, Zafrul turut menggesa semua syarikat memperuntukkan lebih banyak dana untuk pembelajaran profesional dan peribadi bagi mencungkil dan memupuk bakat tempatan dalam usaha menjadi negara maju.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Bersatu gesa Anwar lepas jawatan Menteri Kewangan, sama seperti desakan MCA
October 6, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok