Semua pelajar layak dapat BAP tahun depan, kata Radzi Jidin

October 7, 2022 · Isu semasa

Semua pelajar, tanpa mengira pendapatan isi rumah, akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mulai tahun depan, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Dalam satu kenyataan hari ini (7 Oktober 2022) beliau berkata semua keluarga pelajar terbabit akan mendapat bantuan sebanyak RM150, berbanding RM100 pada tahun ini.

“Satu lagi berita baik bagi anak-anak dan ibu bapa! Untuk tahun 2022, penambahbaikan dibuat kepada Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan peningkatan daripada RM100 kepada RM150.

“Dalam Bajet 2023, penambahbaikan terus dibuat kepada BAP. Sebelum ini, ibubapa yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja yang layak menerima BAP untuk anak yang bersekolah.

“Bagi tahun 2023, semua murid akan menerima BAP tanpa mengira pendapatan ibu bapa mereka! Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 5 juta murid dan melibatkan peruntukan RM825 juta berbanding RM450 juta pada tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peruntukan yang disediakan kepada KPM menerusi Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Radzi juga bersyukur usaha kementeriannya untuk menaikkan kadar Rancangan Makanan tambahan (RMT) diluluskan dalam Bajet 2023 itu.

Beliau berkata kadar yang dulunya hanya RM2.50 bagi Semenanjung Malaysia kini dinaikkan kepada RM3.50, manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula kadar dinaikkan daripada RM3 ke RM4, yang akan bermula bulan ini.

“Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada 813,393 murid penerima RMT,” katanya.

Radzi juga berkata bagi tahun 2023, sejumlah RM1.1 bilion peruntukan disediakan untuk penyelenggaraan dan membaik pulih sekolah-sekolah di bawah KPM.

“Kita terus ikhtiar untuk tambah baik infrastruktur pendidikan. Peruntukan ini meningkat RM250 juta berbanding RM850 juta tahun 2022,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan dapat menyediakan persekitaran sekolah yang lebih kondusif untuk seluruh warga sekolah.

Menjelaskan lebih lanjut, Radzi berkata ketika mula menjejak kaki di KPM, beliau bertekad agar isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak, dapat ditangani dengan cekap dan menyeluruh.

“Tadi diumumkan, bagi tahun 2023, peruntukan untuk bangunan daif di sekolah ditingkatkan sebanyak RM454 juta kepada RM1.2 bilion berbanding RM746 juta tahun 2022. Kita akan terus ikhtiarkan yang terbaik,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Radzi Jidin kini akauntan bertauliah
November 14, 2022· Isu semasa
Tadbir negara ketika pandemik, rekod jelas keupayaan PN, kata Bersatu
November 7, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok