Semua negeri rekod kes tiga angka, 15 kluster dikesan hari ini

October 18, 2021 · Isu semasa

Semua negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mencatat jangkitan harian baharu tiga angka kali pertama sejak, terakhir Selangor merekodkan 675 kes Covid-19 pada 5 Mei 2021 dengan jumlah keseluruhan pada hari itu hanya 3,120 kes.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh Malaysia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, jangkitan tertinggi dilaporkan adalah di Selangor membabitkan 800 kes berbanding 1,036 kes semalam.

Bagaimanapun, tiga negeri – Kelantan, Kuala Lumpur dan Melaka – mencatat peningkatan jumlah kes baharu hari ini berbanding semalam.

Kelantan merekodkan 643 kes baharu berbanding 572 kes semalam, diikuti Kuala Lumpur (223 kes hari ini, 182 semalam); dan Melaka (211 kes hari ini, 206 semalam).

Perlis yang sebelum ini merekodkan lonjakan mendadak kes harian sejak beberapa minggu lalu, hari ini turun kepada 18 berbanding 51 kes semalam.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi jumlah kluster Covid-19 meningkat kembali kepada 15 berbanding sembilan kluster semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan keseluruhannya 5,687 kluster dikesan sejak awal tahun lalu dengan 5,031 telah ditamatkan dan 656 kluster lagi masih aktif.

Beliau berkata daripada jumlah kluster baharu itu, sembilan membabitkan tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan pendidikan, dan masing-masing satu kluster keagamaan di Melaka melibatkan 47 individu daripada 68 yang disaring, serta kluster kumpulan berisiko tinggi di Johor Bahru (15 individu daripada 58 saringan).

Sementara itu, daripada sembilan kluster tempat kerja berkenaan, empat direkodkan di Johor melibatkan Johor Bahru (satu), Tangkak (satu) dan Kluang (dua) dengan keseluruhannya membabitkan 108 individu daripada 336 yang disaring.

Selangor pula merekodkan dua kluster tempat kerja di Klang membabitkan seramai 49 individu daripada 100 yang disaring dan di Kuala Langat (22 individu, 48 saringan).

Tiga lagi negeri masing-masing mencatat satu kluster tempat kerja membabitkan Kelantan (17 individu/23 saringan); Sarawak (30 individu/106 saringan); dan Kuala Lumpur (11 individu/47 saringan).

Dua kluster komuniti direkodkan di Batang Padang, Perak dengan keseluruhannya membabitkan 82 individu positif Covid-19 daripada 225 individu yang disaring.

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pula masing-masing mencatat satu kluster pendidikan membabitkan tujuh kes di Lembah Pantai dan 22 kes di Jempol.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 5,434 kes harian yang dilaporkan hari ini, 151 kes atau 2.8 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5, manakala 5,283 kes (97.2 peratus) lagi pesakit kategori 1 dan 2.

Katanya seramai 682 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 357 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok