Semua negeri catat kes 3 angka

Hanya Pulau Pinang, Kedah dan Labuan mencatat peningkatan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, seiring dengan penurunan keseluruhan kes baharu daripada 4,701 kes semalam kepada 4,343 kes hari ini.

Dalam tempoh sama juga jumlah jangkitan baharu di semua negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan kes tiga angka – di bawah 999 kes.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri, Kedah merekodkan 325 kes baharu berbanding 232 kes semalam.

Sejak awal tahun lalu hingga hari ini, Kedah merekodkan 150,573 kes positif, dengan 145,741 pesakit telah sembuh dan 2,001 kematian.

Sehingga semalam, negeri itu mencatat 2,872 kes aktif dengan 2,412 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 238 ditempatkan di PKRC; 197 dimasukkan ke hospital dan 25 dirawat di unit rawatan rapi, termasuk tujuh yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Pulau Pinang turut mencatat peningkatan jangkitan baharu sebanyak 245 kes berbanding 225 semalam; dan Labuan (14 kes hari ini, 10 semalam).

Selangor yang sebelum ini merekodkan kes empat angka, hari ini turun kepada 981 kes.

BERITA BERKAIT
POPULAR