Semua mangsa banjir bolah ambil bantuan di PPS: Rina

December 23, 2021 · Isu semasa

Semua mangsa banjir tidak kira yang berada di pusat penempatan sementara (PPS) atau tidak boleh mengambil bantuan yang disediakan di PPS, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menurutnya tidak timbul isu hanya mereka yang tinggal di PPS layak menerima bantuan yang disediakan kerajaan atau sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan atau mana-mana syarikat.

“Ada antaramangsa banjir tidak tinggal di PPS tetapi terjejas dengan banjir dan memerlukan bantuan.

“Saya dah arahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu walaupun kita tahu bantuan-bantuan yang diberikan khusus untuk mereka yang duduk di PPS, namun masih ada yang tidak berpindah ke PPS tetapi memerlukan bantuan,” katanya hari ini.

Rina berkata mangsa banjir yang tidak tinggal di PPS hanya perlu datang dan mendaftar di PPS untuk rekod mendapatkan bantuan yang diperlukan dan bantuan yang ada akan diagih bersama.

Sementara itu, Rina berkata NGO dan individu yang berhasrat menghulurkan tenaga membantu mangsa banjir dinasihatkan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada koordinator di PPS bagi memudahkan penyelarasan tugas dan bantuan.

Mengulas keluhan NGO yang mendakwa dihalang oleh pihak tertentu ketika mereka masuk ke kawasan banjir untuk memberi bantuan, beliau berkata PPS mempunyai koordinator dan apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan koordinator untuk memaklumkan bahawa NGO tertentu akan memberi bantuan.

Pada masa sama beliau berharap tidak ada pihak yang menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan mempolitikkan isu berkenaan yang kadang-kadang tidak dapat dipastikan siapa yang menghalang tetapi akhirnya tempelak dibalikkan kepada kerajaan.

Berita berkaitan
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Kerajaan berhak umum bantuan tunai bila-bila masa, kata Mat Maslan
July 29, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
23 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok