
Kementerian Dalam Negeri mengaktifkan semula senarai individu yang dilarang masuk ke Malaysia, susulan pembukaan semula pintu sempadan mulai semalam, 1 April 2022.
Sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya mulai 1 April, serentak dengan Fasa Peralihan Endemik, membolehkan orang ramai kembali hidup normal.
Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan di tempat awam.
Susulan peralihan kepada fasa endemik itu, had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, sebaliknya dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing.
Pembukaan semula sempadan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.