Sembilan negeri catat peningkatan kes, jangkitan di Sabah melonjak

February 15, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian di Sabah terus melonjak apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 4,374 kes baharu dilaporkan, berbanding 4,035 kes semalam.

Jumlah terbaharu itu menjadikan Sabah kini merekodkan kumulatif positif sebanyak 282,669 kes dengan sehingga semalam seramai 245,136 pesakit telah sembuh, 2,856 kes kematian dan 30,303 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 27,582 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,443 ditempatkan di PKRC; 1,243 dimasukkan ke hospital dan 35 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam seramai 2,400,047 atau 62.6 peratus populasi di Sabah telah lengkap divaksinasi manakala 2,467,636 atau 64.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Seramai 563,040 atau 20.7 peratus daripada individu dewasa di negeri itu, telah menerima dos penggalak.

Sementara itu, lapan negeri lain turut mencatat peningkatan kes hari ini dengan Pulau Pinang merekodkan 1,681 kes berbanding 1,656 semalam, diikuti Kelantan (1,598 kes baharu, 1,330 semalam); dan Kuala Lumpur (1,215 kes baharu, 1,010 semalam).

Perak pula merekodkan 558 kes baharu berbanding 461 semalam; Terengganu (453 kes baharu, 376 semalam); Labuan (311 kes baharu, 189 semalam); Sarawak (284 kes baharu, 206 semalam); dan Perlis (194 kes baharu, 129 semalam).

Sementara itu, sehingga hari ini, negara merekodkan 3,080,683 kumulatif kes positif dengan 2,868,538 pesakit telah sembuh, dan 32,149 kematian, serta 168,447 kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 155,866 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,963 ditempatkan di PKRC; 6,419 dimasukkan ke hospital; dan 199 pesakit dirawat di ICU, dengan 115 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
7 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok