Sembilan kluster baharu, tapi jangan leka, pesan KP Kesihatan

October 11, 2021 · Isu semasa

Jumlah kluster Covid-19 yang dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi terus turun apabila hari ini merekodkan sembilan kluster berbanding 10 yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu empat adalah kluster komuniti membabitkan dua di Johor, dan masing-masing satu di Kelantan dan Pahang dengan jangkitan keseluruhan melibatkan 45 individu.

Menurutnya dua kluster tempat kerja dikesan di Seremban, Negeri Sembilan dengan 11 kes dan di Pasir Mas, Kelantan (lima kes).

Satu kluster kumpulan berisiko tinggi pula dilaporkan di Petaling, Selangir membabitkan 27 individu, manakala satu kluster pendidikan dikesan di Hulu Selangor (16 individu).

Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 5,597 kluster dikesan sejak virus Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu, namun 4,803 daripadanya telah ditamatkan dan 794 kluster lagi masih aktif.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan sebanyak 10,833 pesakit Covid-19 disahkan sembuh menjadikan keseluruhannya 2,206,502 kes berbanding kumulatif positif sebanyak 2,346,303 kes.

Sementara itu, daripada 6,709 jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan hari ini, 144 kes atau 2.1 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 6,565 (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Seramai 762 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 398 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga berkata Malaysia menunjukkan situasi penularan jangkitan Covid-19 yang semakin perlahan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, khususnya daripada aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi, dan kapasiti hospital.

Situasi ini sedikit sebanyak menunjukkan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa endemik, katanya sambil menjelaskan secara keseluruhannya bagi kes harian, KKM mendapati trend menurun sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34, katanya.

“Terdapat sebanyak 63,722 kes Covid-19 yang telah dilaporkan berbanding 83,368 kes yang dilaporkan pada ME ke-39 (penurunan sebanyak 23.6 peratus). Penurunan ini juga telah berlaku secara konsisten sejak enam (6) minggu kebelakangan (ME ke-34).

“Sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 (penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39), manakala 700 kes kematian dengan purata 100 kes kematian sehari pada ME ke-40 (penurunan 50.2 peratus berbanding ME ke-39).

“Sebanyak 778 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (penurunan 9.0 peratus berbanding ME ke-39); 331 kes yang memerlukan bantuan pernafasan (penurunan sebanyak 11.2 peratus berbanding ME ke-39); dan penurunan nilai R–Naught (Rt) sebanyak 0.2 peratus bagi setiap hari,” katanya.

Sehubungan dengan penurunan kes sekarang, Dr Noor Hisham terus mengingatkan orang ramai agar tidak leka dan cepat berpuas hati dengan status semasa jangkitan Covid-19 di negara.

“Kita wajar mengambil pengajaran dari peristiwa kenaikan kes COVID-19 yang mendadak sebelum ini sehingga melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi dan sosial,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok