Sembilan kes disahkan negatif cacar monyet, kata Menteri Kesihatan

July 25, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan sembilan kes disyaki cacar monyet yang dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 23 Julai lalu, didapati negatif.

“Sehingga 23 Julai 2022, sebanyak sembilan kes disyaki cacar monyet telah dinotifikasi kepada KKM dan semua kes telah disahkan negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sejak 1 Mei sehingga 23 Julai lalu, seramai 531,630 pengembara direkodkan tiba dari negara yang melaporkan kes cacar monyet dan aplikasi MySejahtera telah mengeluarkan Health Alert Monkeypox kepada mereka.

Pada 21 Julai lalu, Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (2005) (IHR) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan jangkitan cacar monyet yang berlaku ketika ini adalah sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC).

Keputusan ini dibuat berdasarkan peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik cacar monyet, selain memenuhi tiga kriteria PHEIC iaitu kesan kejadian kepada kesihatan awam, kejadian luar jangka serta risiko penularan rentas sempadan; dan bukti serta data saintifik berkaitan jangkitan ini.

Pada 17 Jun lalu, sebanyak 2,103 kes cacar monyet dilaporkan berlaku di 42 buah negara dengan satu kematian. Dalam tempoh kurang daripada dua bulan, bilangan kes telah meningkat kepada 16,836 kes dengan lima kematian dan melibatkan 74 buah negara pada 22 Julai lalu.

Kadar fataliti kes cacar monyet adalah 0.03 peratus. Kes pertama kali dilaporkan oleh WHO pada 15 Mei lalu dan berlaku di beberapa buah negara yang bukan endemik penyakit ini.

Berdasarkan laporan IHR yang diterbitkan WHO pada 23 Julai lalu, penularan virus cacar monyet ketika ini dilaporkan berlaku dalam kalangan gay, biseksual dan lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM) atau individu dengan risiko tinggi jangkitan seperti pekerja seks dan transgender.

Namun, penyakit ini bukanlah penyakit bagi kumpulan ini secara ekslusif kerana ia boleh juga menjangkiti ahli keluarga melalui sentuhan.

Khairy berkata susulan laporan itu KKM sehingga kini telah mempertingkatkan pengawasan dan advokasi mengenai cacar monyet melalui tindakan berikut:

  • Memaklumkan kepada fasiliti kesihatan Kerajaan dan swasta keperluan menotifikasi kes disyaki dan disahkan monkeypox dengan segera bagi memastikan langkah kawalan dan pencegahan dapat diambil, termasuk mengenalpasti kontak rapat kes;
  • Mewujudkan survelan sentinel di beberapa buah klinik swasta dan kerajaan bagi memantau kejadian penyakit ruam / lesi kulit;
  • Mempertingkatkan kapasiti makmal yang boleh menjalankan ujian pengesanan virus monkeypox, iaitu dua (2) makmal ditambah menjadi 12 makmal (lapan (8) makmal Kerajaan dan empat (4) makmal swasta);
  • Mempertingkatkan survelan di pintu masuk antarabangsa negara (PMA) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), syarikat-syarikat penerbangan dan agensi berkaitan termasuk pihak Malaysian Airlines Holding Berhad (MAHB); dan
  • Berkerjasama dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancungan (MOTAC), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pengajian Tinggi, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain yang berkaitan.

Maklumat berkaitan cara jangkitan virus cacar monyet:

  • Virus cacar monyet boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan ruam atau lesi yang terjadi pada kulit, sama ada lesi yang baharu atau sudah menjadi kuping (scab), ataupun cairan daripada lesi tersebut;
  • Transmisi virus juga boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan haiwan yang dijangkiti, sama ada dengan cara digigit atau dicakar oleh haiwan terbabit, atau dengan cara memakan ataupun menggunakan hasil produk haiwan berkenaan;
  • Sentuhan dengan peralatan yang tercemar dengan lesi kulit ataupun cairannya juga boleh menyebabkan jangkitan;
  • Kes cacar monyet boleh menularkan jangkitan kepada individu lain dalam tempoh sehari sebelum terjadinya lesi pada kulit, sehingga 21 hari daripada bermulanya gejala atau sehingga lesi pada kulit menjadi kuping (scab) dan pesakit tidak lagi bergejala; dan
  • Kes jangkitan cacar monyet boleh pulih tanpa sebarang rawatan. Rawatan yang diberikan adalah bagi merawat gejala yang dialami oleh pesakit.

KKM menyeru individu yang mempunyai gejala cacar monyet untuk segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Elakkan dari kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

Bagi pengendali premis yang menyediakan perkhidmatan yang melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko, dimohon untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran, serta memastikan pelanggan sihat, tidak mengalami gejala cacar monyet dan tiada ruam makulapapular.

Sekiranya terdapat pelanggan yang mempunyai gejala tersebut, nasihatkannya untuk segera mendapatkan rawatan. Manakala pekerja yang bergejala dinasihatkan untuk tidak hadir bertugas dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Berita berkaitan
Zahid beri isyarat bakal ada kena pecat esok, pembersihan UMNO bermula esok
13 jam lalu· Politik
Bakal dipecat UMNO, PN dan PAS terbuka terima Khairy: Samsuri
19 jam lalu· Politik
UMNO tentukan keputusan hukuman terhadap Khairy hari ini
January 25, 2023· Politik
Puad jangan ingat UMNO ini milik orang atas sahaja, kata Khairy
January 21, 2023· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok