
Empat pesakit Covid-19 dilaporkan semalam, 13 Jun 2022, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 7 Jun 2022) – jumlah paling ramai dalam tempoh kira-kira sebulan lalu.
Rekod laman sesawang Github KKM menunjukkan kali terakhir negara mencatat jumlah kematian harian tertinggi ialah pada 3 Mei lalu, juga sebanyak sembilan kes.
Kematian yang direkodkan semalam membabitkan masing-masing dua kes di Kedah dan Melaka, dan masing-masing satu kes di Johor, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Empat daripada kes kematian itu adalah di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal penularan Covid-19 di negara ini pada 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,699 kes, termasuk 7,567 kes BID.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan 1,128 jangkitan baharu dikesan semalam, turun sedikit berbanding 1,330 kes pada Isnin.
Jumlah itu menjadikan kumulatif keseluruhan kes positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,517,447 kes, termasuk 37,166 kes import.
Dalam tempoh sama seramai 4,460,546 pesakit telah sembuh, termasuk 1,547 pesakit yang pulih semalam.
Sehingga semalam, sebanyak 21,202 kes masih aktif – turun 428 kes berbanding Isnin – dengan 20,239 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 20 ditempatkan di PKRC; 918 dirawat di hospital; dan 25 dimasukkan ke unit rawatan rapi, termasuk 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 771 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (232 kes); individu tidak divaksinasi (108 kes); dan 17 kes melibatkan penerima belum lengkap vaksinasi.
Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 598 (1,371,160);
- Johor – 44 (384,643);
- Sabah – 63 (372,431);
- Kuala Lumpur – 170 (359,415);
- Sarawak – 22 (306,785);
- Kedah – 34 (300,646);
- Pulau Pinang – 78 (282,072);
- Kelantan – 10 (247,943);
- Negeri Sembilan – 26 (205,478);
- Perak – 47 (204,420);
- Pahang – 8 (171,802);
- Terengganu – 7 (126,287);
- Melaka – 12 (124,661);
- Labuan – 0 (21,425);
- Putrajaya – 6 (20,825); dan
- Perlis – 3 (17,454).