Sembilan anggota polis ditahan peras ugut ahli perniagaan

July 31, 2022 · Isu semasa

Sembilan anggota polis ditahan kelmarin (29 Julai) bagi membantu siasatan kes pemerasan seorang ahli perniagaan, dipercayai berkaitan dadah di Gombak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata semua anggota yang berpangkat konstabel hingga sub inspektor tersebut, ditahan kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lepas.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) selain siasatan tatatertib yang akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan juga akan dilakukan pihak Bukit Aman.

Katanya semakan awal juga mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah. – Bernama

Berita berkaitan
Tiada tawaran sertai mana-mana parti setakat ini, kata Noh
January 30, 2023· Politik
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
January 26, 2023· Politik
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
February 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
5 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
8 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
8 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
4 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok