Semangat sambut Hari Kebangsaan itu baik tetapi cara tidak betul

September 9, 2022 · Isu semasa

Suasana sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dikatakan luar biasa. Hampir 200,000 peserta perarakan dan pengunjung memenuhi kawasan perbarisan dan perarakan sepanjang tiga kilometer meliputi Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Raja Laut selain sekitar Jalan Tun Razak.

Dua tahun tidak dapat berhimpun akibat Covid-19, tahun ini Dataran Merdeka kembali bergegar selepas kali terakhir penganjuran Hari Kebangsaan di lokasi berkenaan pada 2017.

Lebih mengujakan apabila pengunjung memenuhi dataran seawal 5 pagi, malah hotel-hotel di kawasan berkenaan juga habis ditempah.

Kegigihan ibu bapa membawa anak-anak kecil, memakai baju Jalur Gemilang, hiasan tanjak dan tudung serta selempang bendera, cukup membuktikan semangat cintakan negara itu tebal.

Di sebalik kegembiraan rakyat dengan semangat patriotik yang ditunjuk masih ada segelintir menunjukkan sikap tidak merdeka mereka.

Mana tidaknya, perbuatan segelintir pengunjung memijak pokok dan tanaman hiasan sewaktu acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 menyebabkan landskap persekitaran di situ rosak.

Gambar dan video keadaan pokok yang dilihat menyedihkan itu dimuat naik pada Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Semangat menonton perarakan dan perbarisan itu bagus tetapi sikap tidak  mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan seharusnya tidak berlaku. Malah, kebanyakan mereka langsung rasa tidak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM700,000 apabila landskap yang dihiasai oleh pokok bunga hiasan rosak pada sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, kerosakan yang dialami sekitar Dataran Merdeka dan sepanjang perarakan itu berlangsung berkemungkinan kerana kehadiran pengunjung yang ramai.

Katanya, pada hari tersebut dianggarkan lebih 100,000 pengunjung memeriah sambutan tersebut dan ia merupakan rekod baharu dicatatkan DBKL.

“Kehadiran pengunjung yang begitu ramai semasa sambutan Hari Kemerdekaan lepas, beberapa landskap di kawasan sekitar Dataran Merdeka telah rosak. Kerugian dianggarkan lebih RM700,000.

“Saya rasa ini agak luar biasa dan mungkin rekod baharu (jumlah pengunjung) untuk Kuala Lumpur ketika sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahadi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci ke atas insiden tersebut dan pada masa sama akan mengeluarkan satu garis panduan supaya perkara itu tidak berlaku pada masa akan datang.

Berita berkaitan
RM700,000 kerosakan landskap semasa sambutan Hari Kebangsaan: DBKL
September 3, 2022· Isu semasa
Kos 200 tiang lampu DBKL bernilai RM30.75 juta dipersoal MP DAP
June 11, 2022· Isu semasa
Peruntukan DBKL akan diguna serta-merta bagi atasi banjir kilat: Shahidan
April 28, 2022· Isu semasa
DBKL luluskan 72 lokasi bazar Ramadan di KL mulai Ahad
March 29, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok