Semangat perpaduan Keluarga Malaysia mampu atasi kemelut Covid-19

September 16, 2021 · Isu semasa

Bersempena sambutan Hari Malaysia hari ini, Tan Sri Muhyiddin menggesa orang ramai menjadikannya titik permulaan ke arah kerjasama yang lebih erat sebagai satu Keluarga Malaysia bagi memulihkan negara daripada krisis kesihatan Covid-19.

Mantan Perdana Menteri berkata hanya dengan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat Malaysia, negara akan dapat keluar dari kemelut pandemik Covid-19 dengan selamat dan teratur.

“Walaupun kita masih berhadapan dengan kemelut pandemik COVID-19, saya yakin dan percaya berbekalkan semangat perpaduan yang jitu dan usaha bersama rakyat Malaysia, kita akan berjaya keluar dari kemelut ini dengan selamat dan teratur.

“Bersama-samalah kita jadikan tarikh 16 September ini sebagai pemangkin dan titik permulaan bagi kerjasama lebih erat antara kita sebagai satu #KeluargaMalaysia bagi membantu proses pemulihan negara baik dalam aspek ekonomi mahupun sosial,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin menggesa supaya orang ramai memyemai semangat cintakan negara dalam diri disamping berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi negara selama ini.

“Pupuk dan semaikan semangat cintakan negara dalam diri setiap daripada kita. Wujudkanlah Malaysia yang prihatin, Malaysia yang cekal, Malaysia yang gagah.

“Saya ingin menyeru semua anak-anak Malaysia untuk terus menggembleng usaha, membulat tekad dan bersatu hati untuk menyumbang sehabis baik agar Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera.

“Berikrarlah pada diri sendiri, bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk Malaysia walau betapa getir cabaran yang kita tempuhi ketika pandemik ini,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, orang ramai jangan sesekali berputus asa memandangkan usaha yang selama ini dilaksanakan sudah menunjukkan kesan yang positif.

“Jangan kita sesakali berputus asa kerana usaha kita bersama setakat ini sudah mula membuahkan hasil dan menunjukkan kejayaan.

“Marilah bersama-sama melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan bahawa hari-hari yang mendatang adalah lebih baik untuk Malaysia yang kita cintai ini, InsyaAllah,” tambahnya.

Malaysia kini masih berdepan cabaran penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu, ia merupakan krisis kesihatan terburuk pernah berlaku dalam sejarah dunia.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
23 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
23 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok