Semalam ugut letak jawatan, hari ini Tajuddin buat lawatan kerja Prasarana

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini mengadakan lawatan kerja Prasarana walaupun baharu semalam menyatakan kesediaannya untuk meletak jawatan sekiranya diarahkan oleh pimpinan UMNO untuk bertindak sedemikian.

Selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak boleh dibandingkan dengan perjuangan bersama-sama UMNO.

Tajuddin mengadakan lawatan kerja di Saujana Putra Casting Yard dalam program bersama Prasarana.

Ketika sidang media, Tajuddin enggan melayan soalan daripada portal Malaysiakini yang bertanya berhubung kesediaannya meletak jawatan.

“Ini bukan soalan tentang projek, soalan you saya jawab nanti,” katanya ketika ditanya soalan.

Pengguna media sosial juga mendesak dan menghentam Tajuddin dalam sidang media yang disiar secara langsung dalam Facebook.

Tajuddin semalam memberi amaran pemimpin UMNO akan dipecat sekiranya mereka enggan melepaskan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan GLC.

“Ini masing-masing punya hati perut, tapi kalau parti sudah buat keputusan nanti, sebagai ahli parti apa jawatan pun kena ikutlah kalau tidak maknanya dia tidak bersama dengan parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung 2020 menegaskan, parti itu boleh menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional bila-bila masa sekiranya tidak ada indikasi untuk mengadakan pilihanraya dalam waktu terdekat.

BERITA BERKAIT
POPULAR