Semalam hanya 2 kes, hari ini Langkawi catat 30 kes baharu

September 24, 2021 · Isu semasa

Pulau peranginan Langkawi mencatat lonjakan tinggi jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, apabila merekodkan 30 kes baharu, berbanding hanya dua kes semalam.

Angka itu menjadikan jumlah kes aktif naik satu mata kepada 385 kes berbanding 384 kes semalam.

Sebanyak 13 jangkitan baharu hari ini dilaporkan di Mukim Kedawang; Kuah (sembilan); Bohor (tiga); masing-masing dua di Air Hangat dan Ulu Melaka; dan satu kes di Padang Matsirat.

Pada masa sama, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi turut memaklumkan terdapat satu kematian akibat jangkitan Covid-19 hari ini, membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun yang juga individu komorbid.

Keseluruhannya, pulau itu merekodkan 67 kematian dengan 30 daripadanya adalah lelaki, dan 37 lagi pesakit wanita. Dua puluh enam daripadanya mempunyai sejarah komorbid, manakala 18 kematian adalah brought in death (BID).

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan 19 daripada kes positif hari ini dikesan menerusi saringan bergejala, manakala selebihnya saringan kontak rapat.

Sektor pelancongan Langkawi dibuka semula pada 16 September lalu menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik yang menjadi penanda aras bagi membolehkan lebih banyak pusat peranginan dibuka di seluruh negara.

Bagaimanapun sejak gelembung pelancongan domestik dilancarkan sehingga kini, tiada kes jangkitan Covid-19 membabitkan pelancong yang dikesan di pulau peranginan itu.

Berita berkaitan
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
30 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok