Selesai isu SPRM segera bagi elak kemelut berpanjangan: Abu Zahar

January 12, 2022 · Isu semasa

Kemelut yang berpanjangan dan sengaja dimainkan pihak tertentu yang mahu meraih keuntungan politik melibatkan isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan akan menganggu usaha pemulihan negara, kata Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) itu berkata isu melibatkan Tan Sri Azam Baki yang menjadi sasaran serangan blok pembangkang pada ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah sosioekonomi akibat pandemik Covid-19 adalah tidak wajar sama sekali.

Bagaimanapun, Abu Zahar berpendirian ia perlu diselesaikan dengan kadar segera dan mempercepatkan siasatan terhadap dakwaan berkenaan bagi mengelakkan polemik berlarutan.

“Perkara ini jika berterusan tidak elok dari segi ketenteraman awam kerana negara sedang menghadapi masalah Covid-19 dan rakyat di luar sana susah.

“Jika nak timbulkan kemelut yang tak menentu ini, akan menyebabkan orang lagi berasa kecewa.

“Jadi, saya berharap kalau boleh, cepat-cepatlah siasat mana-mana pihak pun, nak tubuh apa pun dan jangan dibiarkan berlarutan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Abu Zakar dihujani kritikan kerana dianggap berpihak kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Semalam, Abu Zahar pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, menegaskan beliau sedia disiasat berhubung kenyataannya pada 5 Januari lalu berkenaan isu pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Azam.

Beliau turut menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan beberapa perkara berbangkit susulan kenyataan pada 5 Januari lalu yang mana beliau dilaporkan berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam perolehan saham syarikat.

“Jika kenyataan media 5 Januari lalu, saya menampilkan fahaman tidak dihasratkan seperti dinyatakan, sehingga ke tahap ia menjatuhkan nama baik SPRM, yang sememangnya tidak dihasratkan, saya menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukan saya sebagai Pengerusi LPPR iaitu satu amanah yang saya laksanakan setakat ini tanpa berpihak.

“Saya semestinya akan akur dengan keputusan itu,” katanya yang membacakan kenyataan tiga muka surat.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok