Selesai beri dos penggalak, kerajaan pertimbang longgar SOP lagi: PM

January 25, 2022 · Isu semasa

Kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya proses vaksinasi Covid-19 di negara ini selesai, termasuk pemberian dos penggalak, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada keputusan dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), menurut laporan Bernama.

“Kita melihat kalau dua dos vaksin Covid-19 dan booster (penggalak) selesai, saya percaya kita boleh memberikan sedikit lagi kelonggaran.

“Ini terpulang kepada KKM untuk memberikan pandangan,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan sekiranya SOP terlalu ketat, ia boleh memberi kesan terhadap industri pelancongan negara.

Walaupun pelancongan domestik sudah dibuka, katanya, pelancong antarabangsa belum dibenarkan masuk ke negara ini, manakala subsidi upah yang diperkenalkan masih diberi kepada pemain industri pelancongan.

Beliau berkata, sesetengah negara telah melonggarkan SOP untuk pelancong ke negara mereka, dan perkara itu mungkin boleh dipertimbangkan.

“Sebab itulah kita ingat kalau rakyat telah diberikan booster, kita boleh relaks sikit dari segi SOP,” katanya.

Ismail Sabri memaklumkan ketika ini, kerajaan masih lagi berhati-hati dalam membuka sempadan negara berikutan kebimbangan jangkitan Covid-19.

Walaupun Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Malaysia serta Singapura dilaksanakan dan perbincangan VTL dengan Indonesia serta Thailand sudah dimulakan, beliau menjelaskan berikutan kes COVID-19 semakin meningkat di luar negara, Malaysia masih menggantung pergerakan ke luar negara.

Ismail Sabri berkata, pembukaan industri pelancongan antarabangsa akan dapat memulihkan ekonomi dan seterusnya menjadikan keadaan negara bertambah baik.

Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi bahawa kerajaan tidak bercadang melaksanakan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat pergerakan rakyat dan sektor perniagaan.

“Ada khabar angin yang apabila raya nanti, tidak boleh balik kampung dan perniagaan ditutup. Saya telah mengumumkan raya boleh balik kampung, dan sambutannya begitu tinggi,” katanya.

Ahad lalu ketika di Bera, Pahang, Ismail Sabri memberi jaminan bawa kerajaan tidak akan melaksanakan kembali PKP dan sekatan pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata, jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok