
Fahmi berkongsi beberapa keping gambar saat tayang filem itu, semalam di Facebooknya.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebak saat menonton filem biopik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ‘Anwar: The Untold Story’ pada tayangan perdana, semalam.
Fahmi bersama penonton lain berpeluang menyaksikan filem itu bersama-sama Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Semalam saya menonton filem ‘Anwar: The Untold Story’ di dalam dewan yang sama dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri, dan keluarga beliau.
“Melihat semula perjalanan penuh liku Datuk Seri Anwar dimainkan membuatkan kami semua sebak, apatah lagi ahli keluarga beliau yang menonton.
“Saya sarankan rakan-rakan untuk turun ke pawagam pada 18 Mei ini untuk saksikan tayangan hari pertama filem ini,” kongsinya dalam hantaran di Facebook.
‘Anwar: The Untold Story’ merupakan filem arahan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dibintangi Farid Kamil sebagai Anwar manakala aktres Indonesia, Acha Septriasa sebagai Dr Wan Azizah.
Filem yang menelan kos RM10 juta itu menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar menteri serta perjuangan hidupnya.