Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok

March 26, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi sulung sehari ke Kemboja esok, untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan republik itu sejak 1957.

Untuk rekod, Perdana Menteri (PMX) baharu pulang sahaja dari lawatan ke Arab Saudi baru-baru ini dan tidak dapat berjumpa dengan bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Perdana Menteri, Putera Mohamed Bin Salman.

Menurut laporan Bernama, lawatan rasmi luar negara kali adalah yang ketujuh bagi Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada jam 9.15 pagi dan disambut oleh Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Othsman Hassan, selaku Menteri Pengiring mewakili kerajaan Kemboja.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, pada sidang media di sini hari ini berkata, lawatan rasmi itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Katanya, lawatan rasmi itu merangkumi sesi menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, di Istana Diraja Kemboja dengan Anwar akan dirai dalam satu upacara sambutan rasmi di Peace Palace dan sejurus selepas itu, mengadakan pertemuan dengan Hun Sen.

“Pertemuan ini akan memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk mengutarakan serta membincangkan isu-isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan bersama dengan Perdana Menteri Kemboja.

“Di samping itu, kita juga boleh meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkukuhkan lagi jalinan hubungan kedua-dua negara,” katanya menurut laporan Bernama.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
55 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok