Selepas simen, kerajaan bakal perkenal insurans Rahmah pula

May 15, 2023 · Isu semasa

Insurans Rahmah bakal diperkenalkan kerajaan campuran khususnya kepada golongan sasaran B40 dan miskin tegar pada hujung bulan ini.

Idea terbaharu untuk memperkenalkan insurans Rahmah rentetan kejayaan pengenalan simen Rahmah sebelum ini yang diumumkan oleh kerajaan semasa bulan Ramadhan lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif tersebut akan berada di bawah payung Rahmah di bawah usaha Kerajaan Perpaduan membantu rakyat.

Menurut beliau, inisiatif tersebut dapat dijayakan melalui penglibatan pihak-pihak swasta yang turut sama ingin membantu rakyat dalam mendapatkan penjagaan perkhidmatan yang sewajarnya.

“Insurans akan diwujudkan melalui pakej Rahmah, ini semua kita sudah lakukan dengan penuh teliti kerana ada ada pihak yang mempertikaikan adakah program ini boleh kekal atau tidak. Kekuatan kepada inisiatif ini didukung oleh pemain-pemain industri.

“Mereka sanggup untuk membantu walaupun falsafah dalam bentuk ekonomi boleh dibahaskan dengan lebih lanjut dengan rakan saya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Kementerian Kewangan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Salahuddin terdahulu berucap semasa sesi dialog sesi memperkasakan ekonomi rakyat di Dewan Merdeka.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai itu berkata, ketika ini golongan B40 dan miskin tegar mencampai sebanyak 126,000 di dalam negara, kumpulan tersebut amat memerlukan inisiatif-inisiatif Rahmah.

“Inisiatif yang sudah masuk bulan keenam, sedikit sebanyak membantu dan kesan langsung boleh dilihat melalui statistik diberikan iaitu inflasi harga makanan di luar menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus.

“Ia pertama kali berlaku sejak Ogos 2021, saya menyusun sepuluh jari. Usaha ini kecil dan kerdil tetapi dengan upaya yang ada kita cuba membantu rakyat dengan pakej-pakej kita tampilkan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Memang berusaha nak jatuhkan kerajaan tapi bukan guling atas jalan: Idris Ahmad
14 jam lalu· Politik
Kalau dia luar biasa, kerajaan tambah kukuh: kata Puad kepada Asyraf
June 3, 2023· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
June 1, 2023· Politik
Perlu beri peluang kepada kerajaan untuk buktikan prestasi: Zahid
May 31, 2023· Politik Uncategorized
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
June 4, 2023 · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok