Selepas Selangor, Armada fokus misi banjir seluruh kawasan bencana

Semua jentera Armada Bersatu melebarkan misi bantuan bencana banjir ke seluruh negara selepas selesai menjalankan misi bantuan di Selangor yang terjejas teruk akiba banjir besar baru-baru ini.

Sukarelawan Armada dikerah turun ke lapangan bagi membantu semua mangsa banjir di seluruh negara yang kini mencecah puluhan ribu orang yang ditempatkan Pusat Penempatan Sementara (PPS), antaranya di Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan beberapa negeri lain yang terjejas.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Armada Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata hari ini genap seminggu sejak 18 Disember 2021, Skuad Prihatin Bersatu yang dipimpin tata kelola Pengurusan Bencana melalui Armada Task Force dengan kerjasama Skuad Srikandi Prihatin turun padang membantu mangsa-mangsa banjir sama ada dari segi pemindahan mangsa banjir ke PPS sebegitu membantu operasi pembersihan pasca banjir di rumah-rumah yang dirundung bencana.

Skuad Prihatin Bersatu memberi tumpuan sama ada di kawasan masing-masing yang dilanda banjir, sebegitu bagi misi di Lembah Klang, unit operasi tindakan khas ini turut didatangkan sukarelawan dalam kalangan ahli Bersatu dari pelbagai pelosok negeri untuk gembleng tenaga memusatkan khidmat sebagai contoh di beberapa kawasan banjir di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (Hulu Langat, Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak, Sepang, Shah Alam, Petaling dan Puchong).

“Perjalanan Armada Task Force yang digerakkan ini merupakan inisiatif Ketua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal yang telah disambut baik oleh ahli-ahli akar umbi Armada di seluruh negara apabila hampir kira-kira 100 ke 150 tenaga kerja berjaya digerakkan ke setiap lokasi atas nama Armada Task Force yang bernaung di bawah Skuad Prihatin Bersatu,” kata kenyataan.

Pada hari ini pula (24 Disember 2021), Skuad Prihatin Bersatu telah dipimpin Armada Task Force melibatkan sukarelawan dalam kalangan Armada dari pimpinan Malaysia bersama-sama Ketua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal dan juga Armada dari negeri-negeri seperti Johor dan Wilayah Persekutuan melebarkan operasi besar-besaran ke negeri Pahang khusunya ke kawasan Bentong.

Misi pada hari ini telah bermula sejak jam 9.00 pagi melibatkan hampir seratus orang sukarelawan yang menjalankan kerja-kerja mengangkut timbunan bahan buangan dan sampah sarap banjir menggunakan 4 buah lori yang telah disediakan dan disewa pihak Armada untuk operasi di sekitar kawasan Taman serta Kampung di Chegar Medang, Bentong, Pahang.

Misi berhenti rehat sekitar maghrib sebelum disambung pagi esok.

Pada esok hari (25 Disember 2021), pasukan Armada Task Force dari Terengganu dan Kedah akan tiba ke Bentong dan meneruskan operasi kemudian naik ke Temerloh.

Manakala pasukan sedia ada hari ini yang melibatkan Pimpinan Armada Nasional, Armada Johor dan Wilayah Persekutuan akan bergerak ke lokasi seterusnya membantu ke Jempol, Negeri Sembilan pada operasi yang akan bermula seawal jam 8.00 pagi.

Selain menjalankan tugas atau kerja-kerja gotong royong pembersihan, di setiap kawasan yang dituruni, pihak Armada turut memberikan sumbangan bahan keperluan asas sama ada bahan-bahan makanan kering sebegitu juga keperluan lain seperti tuala wanita, lampin kanak-kanak, bantal dan tilam serta telekung dan juga sejadah untuk solat.

Armada tekal membantu dan berkhidmat untuk masyarakat. Menjalankan amanah Presiden demi kecintaan dan bakti buat nusa pertiwi.

BERITA BERKAIT
POPULAR