Selepas pengumuman tarikh PRU-15 semalam, ringgit jatuh lagi pada awal dagangan

October 21, 2022 · Isu semasa

Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan nilai mata wang tempatan, ringgit terus mengekalkan tren kejatuhan pada sesi awal dagangan hari ini.

Nilai ringgit kini jatuh ke paras terburuk lebih teruk berbanding krisis ekonomi pada 1998, malah nilai ringgit terus menyusut pada pagi ini selepas dibuka pada paras terendah sepanjang masa pada RM4.73 berbanding dolar Amerika.

Menurut peniaga, kejatuhan tersebut ekoran kekurangan pemangkin pasaran, diburukkan lagi oleh ketidaktentuan pasaran global.

Pada penutupan dagangan semalam, mata wang tempatan diniagakan pada 4.7270/7290 berbanding dolar AS, lebih rendah daripada paras 4.7250 dicatatkan pada 7 Januari 1998.

Pada penutupan hari Rabu, unit tempatan didagangkan pada 4.7180/7220.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian yang akan berlangsung pada 19 November ketika negara berdepan ketaktentuan ekonomi dan dijangka bencana banjir akan melanda negara tidak lama lagi.

Parti pemerintah UMNO tidak mengendahkan nasihat pelbagai pihak untuk menangguhkan PRU-15 diadakan pada tahun depan, sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok