Selepas KJ, Reezal pula nafi terima wang UKSB

June 21, 2022 · Isu semasa

Selepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kini giliran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula tampil menafikan menerima wang daripada syarikat yang terbabit dalam kes perbicaraan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Malah, dalam penafiannya hari ini, Reezal Merican mengatakan beliau langsung tidak mengetahui mengenai syarikat terbabit.

“Saya nak menyatakan dengan jelas saya tak pernah terima apa-apa dana politik daripada UKSB malahan saya pun tak kenal dan tak pernah tahu pun UKSB sebelum ini sehinggalah sekarang apabila disebut dalam kes.

“Sebagai ahli politik dan sebagai rasa tanggungjawab saya bersedia untuk memberi kerjasama dan keterangan yang diperlukan dan juga terbuka untuk disiasat.

“Saya nak ulangi, saya tak kenal UKSB saya tak pernah tahu, macam mana saya nak terima sumbangan daripada syarikat yang saya tak pernah kenal?” soalnya ditemui selepas Majlis Aspirasi Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun memberitahu mahkamah dalam perbicaraan kes rasuah Zahid bahawa UKSB memberikan wang kepada beberapa pemimpin politik.

Selain Reezal dan Khairy, David Tan mendakwa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal; dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, turut menerima wang daripada UKSB.

Bagaimanapun, Muhyiddin dan Anifah lebih awal menafikan menerima wang daripada UKSB, sementara Shafie enggan mengulas dan Hishammuddin pula belum membuat penafian.

Mengulas lanjut Reezal berkata sebagai pemimpin politik, beliau tidak menafikan ada menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan program kemasyarakatan dan ianya disumbangkan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Namun tegasnya, beliau tidak pernah menerima sumbangan mahupun dana daripada syarikat yang bernama UKSB.

Berita berkaitan
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Puad tak mahu Menteri UMNO dipetik kes rasuah Zahid letak jawatan
June 24, 2022· Politik
Saksi dedah perbualan WhatsApp Syed Saddiq berhubung wang hilang
June 21, 2022· Isu semasa
Dipetik dalam kes rasuah Zahid, Shafie Apdal enggan komen
June 19, 2022· Politik
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok