Selepas hapus hutang Felda, Muhyiddin janji selesaikan projek perumahan terbengkalai zaman BN

March 2, 2022 · Isu semasa

Peneroka Felda di Johor diberi jaminan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan lagi berdepan dengan masalah isu perumahan sekiranya mereka memilih gabungan tersebut menjadi kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Muhyiddin berkata seperti janjinya sebelum ini menyelesaikan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kali ini projek perumahan yang terbengkalai semasa era kerajaan BN juga akan ditangani kerajaan PN dengan secepat mungkin.

“Khusus bagi meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat Felda, selain penyediaan kemudahan dan prasarana di kawasan rancangan Felda, Perikatan Nasional akan memastikan projek perumahan generasi baharu FELDA yang sedang dibaik pulih disiapkan segera dan projek perumahan generasi baharu Felda terbengkalai yang berpotensi untuk dibaik pulih akan diselamatkan,” katanya semasa pelancaran Ikrar PN pada PRN Johor di Johor Bahru pagi ini.

Jelas Muhyiddin, kerajaan PN terus prihatin terhadap nasib peneroka Felda, malah langkah menghapuskan hutang peneroka yang dibuatnya sebelum ini adalah bukti jelas PN satu-satunya kerajaan yang berjaya menunaikan janji untuk meringankan beban peneroka yang sejak sekian lama dihimpit dengan bebanan hutang.

“Walaupun tempoh pentadbiran kerajaan PN singkat – hanya 18 bulan sahaja – tetapi atas dasar keprihatinan kita terhadap masyarakat Felda di negara ini, kita telah berjaya melakukan perkara yang gagal dilaksanakan oleh BN selama berpuluh tahun mereka memerintah.

“Untuk rekod, BN tambah hutang Felda, PN hapus hutang peneroka Felda. Kita juga telah menyediakan pengeluaran sukuk yang dijamin sebanyak RM9.9 bilion untuk pulih semula Felda di seluruh negara,” katanya lagi.

Selain itu, Muhyiddin juga berkata PN akan memastikan pembayaran premium semua lot tanah yang diluluskan kerajaan akan ditetapkan pada kadar paling minimum iaitu sebanyak RM1.00 sekaki.

“Selain itu, premium tanah bagi semua lot tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah Program Pemberimilikan Lot Tanah Generasi Baharu Felda bagi tujuan pembinaan rumah oleh generasi baharu Felda ditetapkan pada kadar RM1.00 sekaki persegi,” katanya lagi.

Muhyiddin hari ini mengumumkan Ikrar PN yang berteraskan 8 tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 145 pendekatan.

Berita berkaitan
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
2 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
8 jam lalu· Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
8 jam lalu· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
14 minit lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
7 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
7 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok