Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN

March 29, 2023 · Isu semasa

Lanjutan bagi pelepasan cukai untuk individu yang mencarum dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) diberikan kerajaan sehingga tahun 2024.

Kerajaan membuat pusingan U selepas orang ramai mengkritik berhubung langkah kerajaan untuk menghapuskan pelepasan cukai individu sebanyak RM8,000 dalam SSPN yang diumumkan Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim.

Keputusan itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara hari ini, sehari selepas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi memaklumkan, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu hingga RM8,000 mulai Tahun Taksiran 2023.

Perdana Menteri yang mengumumkan demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, menegaskan beliau bersetuju melanjutkan pelepasan cukai berkenaan selepas mendengar keresahan disuarakan rakyat dan teguran kepada kerajaan.

“Jumlah ini bukan jumlah B40. Ini jumlah pendapatan orang yang lebih sederhana. Bagaimanapun, kerana maksudnya adalah pendidikan dan belanja pendidikan kian meningkat, sebab itu kita beri kelonggaran ini,” katanya.

Semalam, Mohd Nizom pada satu sidang media, menjelaskan kerajaan membuat keputusan tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN susulan pelbagai alasan.

“Kerajaan sebelum ini, memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutama kepada ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dengan kemudahan ini disambung beberapa kali hingga 2022.

“Namun, ia dihentikan tahun ini. Kalau simpan (SSPN) tahun ini, tiada potongan cukai atau ‘relief’ pada tahun hadapan. Keputusan ini dibuat kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian,” katanya.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, antara lain melahirkan rasa khuatir ia boleh memberi implikasi besar, terutama kepada keluarga daripada golongan pertengahan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pelanjutan pelepasan itu memberi manfaat kepada hampir 400,000 pembayar cukai dalam kategori T20 dan M40.

Katanya, negara itu akan kehilangan hasil kira-kira RM250 juta untuk tempoh berkenaan.

Semalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengatakan langkah kerajaan tidak melanjutkan insentif cukai ke atas SSPN sebagai keputusan ke belakang dan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu bapa, khususnya dalam kelompok M40 untuk terus mencarum.

Presidennya, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi, berkata kerajaan sepatutnya mengekalkan pelepasan cukai individu bagi pencarum SSPN sebagai galakan ibu bapa muda terutama M40 untuk menyimpan bagi tujuan pendidikan anak mereka.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok