Selepas dijatuhi hukuman, Rosmah berdepan satu lagi perbicaraan dengan hakim sama

September 2, 2022 · Isu semasa

Walaupun sudah dijatuhi hukuman semalam, Datin Seri Rosmah Mansor bakal berdepan satu lagi perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang sama, Mohamed Zaini Mazlan.

Mohamed Zaini semalam menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Rosmah melibatkan kes rasuah projek solar sekolah dan Rosmah juga akan berdepan beliau sekali lagi dalam perbicaraan pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rosmah akan berdepan Mohamed Zaini terhadap 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Untuk rekod, kes tersebut belum berjalan kerana memberi laluan kepada kes rasuah solar dihadapinya.

Pada 4 Oktober 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut ketika didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen di sini.

Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 November 2018.

Bagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Sementara itu, pertuduhan membabitkan kegagalan mengemukakan penyata cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 didakwa dilakukan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Kes Teoh Beng Hock: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman
June 6, 2023· Isu semasa
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
June 2, 2023· Politik
Saman Jason Lo terhadap Bernama ditolak Mahkamah Tinggi
May 31, 2023· Isu semasa
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
May 29, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok