Selepas dihentam, Hamzah tak hadir Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPN

May 3, 2021 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara walaupun secara tradisinya menteri bertanggungjawab menjaga agensi itu yang akan memakaikan kenaikkan pangkat kepada Ketua Polis baharu dilantik.

Hamzah tidak hadir pada majlis yang berlangsung pagi tadi walaupun di atas pentas terdapat poster jemputan memperlihatkan gambarnya sebagai tetamu utama.

Sebaliknya, Kementerian Dalam Negeri mewakilkan Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said untuk menghadiri majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ismail Mohamed memakaikan kenaikkan pangkat kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang sah menjadi Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Abdul Hamid yang bersara.

Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia.

Jumaat lalu, Abdul Hamid menghentam Hamzah secara terbuka dalam sidang media terakhirnya di Bukit Aman dengan mendakwa Menteri itu terlibat dalam campur tangan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Hamid turut mendakwa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari ‘unsur politik’.

Terdahulu tular audio di media sosial berhubung percakapan Hamzah mengenai permintaannya dalam isu pelantikan dan pertukaran polis.

Hamzah mengakui suara dalam rakaman bocor itu memang miliknya, dan berkata ia berlaku pada tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membangkitkan kedudukannya sebagai pengerusi SPP yang menentukan tugasan pegawai polis.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok