Selepas banjir besar, 472 kawasan Lembah Klang bakal alami gangguan air

December 19, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 472 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihentikan operasi iaitu LRA Langat 2 kerana penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan dan LRA Cheras Batu 11 akibat banjir, menurut laporan Bernama.

LRA Sungai Langat pula hanya beroperasi pada pengeluaran bekalan air separa kerana peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi menyebabkan ia hanya boleh mengeluarkan 40 peratus sahaja berbanding pengeluaran harian.

“Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air melalui alternatif lori tangki air kepada pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan yang terjejas berikutan penutupan beberapa jalan utama ekoran situasi banjir yang meningkat,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor juga belum dapat memastikan jangkaan masa untuk ketiga-tiga LRA itu kembali beroperasi sepenuhnya di kawasan terjejas.

Ia akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa dan para pengguna boleh boleh mendapatkan senarai kawsan yang terlibat menerusi laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor.

Berita berkaitan
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok