Selepas anak ditipu syarikat ‘scam’, Kit Siang tampil bela pula

May 25, 2021 · Isu semasa

Selepas bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dikecam teruk berhubung isu derma vaksin daripada syarikat ‘scam’ baru-baru ini, bapanya Lim Kit Siang pula tampil menggesa supaya syarikat tersebut menebus kesalahannya ekoran kontroversi yang tercetus.

Bukan itu sahaja sebaliknya seperti Guan Eng, Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan veteran DAP itu juga meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin meluluskan permohonan ‘syarikat’ yang berhasrat memberi derma dua juta dos vaksin Sinovac.

Katanya, Khairy perlu meluluskan permohonan dua juta dos vaksin itu supaya ahli perniagaan Yong Chee Kong boleh membersihkan maruahnya yang tercalar susulan kontroversi yang tercetus.

Dalam berlembut supaya kontroversi itu tidak diperpanjangkan lagi, Kit Siang juga membayangkan semua laporan polis akan ditarik balik sekiranya Chee Kong mengotakan janji memberi sumbangan itu.

“Janganlah kita panjangkan lagi perkara ini — berikan ruang kepada Yong untuk menebus maruah beliau dengan membolehkan beliau untuk memenuhi tawaran dua juta dos vaksin kepada rakyat Pulau Pinang ini.

“Memandangkan beliau telah menekankan bahawa sumbangan ini adalah ‘tawaran tulen’ daripada ‘bos’ beliau yang berada di Hong Kong.

“Sekiranya Yong berjaya mengotakan tawaran ini, semua laporan polis terhadap beliau patut digugurkan,” katanya.

Sebelum ini, Chee Kong telah dipanggil oleh polis Sabah bagi dirakamkan keterangan berhubung kontroversi itu.

Siasatan tersebut berkaitan dengan beberapa laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang.

Sejak Rabu, nama Yong Chee Kong tiba-tiba menjadi terkenal dan mencatatkan jumlah carian tertinggi di Internet.

Rakyat Malaysia ingin mengetahui gerangan ‘individu misteri’ itu yang dilaporkan menawarkan untuk menyumbang dua juta dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang.

Khairy sebelum ini mendedahkan sumbangan dua juta dos vaksin oleh syarikat berpangkalan di Hong Kong kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu adalah tawaran palsu.

Menurut Khairy, siasatan dan carian yang dilakukan pihaknya mendapati syarikat berkenaan iaitu Xintai Development Enterprise LTD tidak wujud.

Berita berkaitan
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok