Selayaknya istilah ‘jadong’ diberikan penganalisis ekonomi kepada Najib

January 5, 2022 · Isu semasa

Memang tepat apabila seorang penganalisis ekonomi menggunakan istilah ‘jadong’ terhadap Datuk Seri Najib Razak, ketika mengulas kempen pengeluaran one-off RM10,000 i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh bekas Perdana Menteri itu.

Ini ternyata apabila Ahli Parlimen Pekan yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) itu, terus menerus berkempen menggesa kerajaan supaya meluluskan pengeluaran berkenaan.

Menggunakan pendekatan yang kini dilihat lebih lembut terhadap kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Najib mahukan kerajaan memberi pilihan kepada pencarum sama ada mahu mengeluarkan wang mereka atau tidak.

“… itupun wang mereka sendiri – bukan wang kerajaan,” kata Najib yang disifatkan oleh mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai banduan, tetapi bebas bergerak ke mana sahaja disukai, termasuk ke Singapura.

“Jadi, kita saran pengeluaran kali terakhir. One final time. Bukan banyak pun. Cuma naikkan i-Citra dari RM5k ke RM10k.”

Semalam, portal berita Malaysianow melaporkan penganalisis ekonomi Muhammed Abdul Khalid memetik perkataan ‘jadong’ – ungkapan pemikir Syed Hussein Alatas yang bermaksud jahat, bodoh dan sombong – ketika mengulas kempen Najib berhubung pengeluaran one-off itu.

Desakan dan kempen pengeluaran one-off RM10,000 skim i-Citra KWSP, khususnya oleh UMNO, menerima kecaman daripada ahli ekonomi, yang menganggap pencarum terpaksa bekerja lebih lama daripada tempoh persaraan.

Penganalisis dan ahli ekonomi mengecam kempen dan desakan pengeluaran itu susulan amaran KWSP bahawa rata-rata pencarum tidak mempunyai simpanan yang cukup bagi menghadapi usia tua.

Malah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini menyatakan pengeluaran KWSP bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat, kerana ia bakal membebankan generasi masa depan.

Muhammed dilaporkan berkata situasi tersebut sudahpun dijangka memandangkan sebelum ini sudah ada pakar-pakar ekonomi yang memberikan amaran untuk tidak mengeluarkan wang KWSP bagi menangani kesan Covid-19.

“Jangan benarkan pengeluaran duit simpanan hari tua milik rakyat untuk membantu mereka yang terkesan dengan krisis. Ini bukan penyelesaian. Ini menambahkan masalah di masa hadapan,” katanya sambil menggelar gesaan Najib itu sebagai “jadong”.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang KWSP berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.

Beliau berkata kerajaan juga tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra bagi kali kedua setelah skim berkenaan berakhir bulan ini.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta bantuan yang mencukupi kepada mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara ketika ini.

Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.

Sikap keras kepala Najib yang menganggap hanya tindakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu adalah betul, kini dilihat merendah-rendahkan kepemimpinan negara pada mata dunia.

Najib yang mengulas lanjut isu i-Citra itu semalam juga mencadangkan kerajaan Ismail Sabri mengambil beberapa langkah sebagaimana yang pernah beliau lakukan dahulu ketika menjadi Perdana Menteri.

“Selain cara-cara yang pernah saya sarankan pada masa dahulu seperti menaikkan semula kadar caruman majikan, struktur semula kadar dividen mengikut multi-tier dan memberi projek-projek lumayan pada KWSP sebagaimana kerajaan BN masa saya PM berbuat dengan syarikat lebuhraya PLUS, Kwasa Damansara dan Battersea UK, kita juga pernah berjaya menaikkan kadar bayaran BR1M dari sifar ke RM500 ke RM1,200 dan akhirnya janji RM2,000 dalam tempoh 6 tahun.

“Jadi, tidak mustahil pada masa depan sekiranya kita beri bayaran one-off special BR1M sebanyak RM2,500 setiap keluarga jika dibayar sebagai tunai ataupun RM5,000 jika keluarga tersebut bersetuju dimasukkan dalam akaun KWSP dan bukan secara tunai?,” kata Najib.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Aktivis disiasat polis selepas pertikai PMX Islamkan pemuda India
August 22, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok