Selangor tertinggi, jangkitan harian Covid-19 pecah rekod 6,075 kes

Negeri Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 paling tinggi hari ini selepas negara mencatat rekod baharu tertinggi jangkitan sebanyak 6,075 kes.

Hampir separuh daripada jangkitan kes berpusat di sekitar Lembah Klang dengan Selangor mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 2,251 kes, diikuti Sabah (160 kes) dan Johor (699).

Bagaimanapun kebanyakan negeri dan wilayah melaporkan angka kes tiga angka.

Sebelum ini, rekod kes harian tertinggi dilaporkan pada 30 Januari lalu dengan 5,728.

Berdasarkan pergerakan 14 hari kes Covid-19 setakat 18 Mei (semalam), tiada lagi zon hijau di semenanjung.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak keluar rumah jika tiada urusan penting dan patuh pada prosedur operasi piawai (SOP) jika terpaksa berbuat demikian.

“Kita tidak mahu berakhir dengan hanya dua pilihan, memilih siapa yang harus hidup atau sebaliknya,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR