Selangor rekod kes tiga angka

October 11, 2021 · Isu semasa

Kelantan menjadi antara lima negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat peningkatan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Mengikut laporan tidak rasmi berdasarkan kenyataan Jabatan Kesihatan setiap negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini, Selangor merekodkan jumlah jangkitan baharu terendah berbanding beberapa bulan lalu.

Dalam tempoh 24 jam itu, Kelantan merekodkan 938 jangkitan baharu berbanding 915 kes semalam, dan Johor dengan 777 kes baharu (714 semalam).

Pahang pula merekodkan 426 kes baharu hari ini berbanding 372 semalam, manakala Kuala Lumpur (220 kes hari ini, 150 semalam); dan Putrajaya (36 hari ini, 31 semalam).

Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini turun kepada tiga angka iaitu sebanyak 671 kes berbanding 1,014 yang dilaporkan semalam.

Sementara itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah tertinggi keseluruhan walaupun jangkitan menurun kepada 1,037 kes hari ini berbanding 1,132 kes yang dilaporkan semalam.

Laporan penuh kes berkaitan Covid-19 akan dimuat naik Kementerian Kesihatan menerusi laman sesawang kendaliannya COVIDNOW, tengah malam ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
11 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok