Selangor rekod 152 kematian akibat Covid-19 hari ini

September 4, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 362 pesakit Covid-19, termasuk 58 bukan warganegara Malaysia, meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, meningkat berbanding 330 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam negeri merekodkan peningkatan kes kematian membabitkan Selangor, Sabah, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perlis.

Selangor mencatatkan 152 kematian hari ini berbanding 148 semalam; Sabah (55 hari ini, 35 semalam); Johor (51 hari ini, 37 semalam); Kuala Lumpur (24 hari ini, dua semalam); Negeri Sembilan (13 hari ini, sifar semalam); dan Perlis (dua hari ini, sifar semalam).

Dalam tempoh itu juga 104 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID) dengan turut membabitkan 35 individu bukan warganegara Malaysia.

Katanya angka kematian hari ini menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu kepada 17,883 kes.

“Sehingga hari ini 1,550,254 pesakit daripada 1,824,439 kes positif dilaporkan sembuh setelah hari ini sebanyak 21,582 pesakit disahkan sembuh sepenuhnya, manakala 256,302 kes lagi masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengikut data yang dikeluarkan KKM, seramai 1,369 kes, termasuk 978 yang disahkan dijangkiti Covid-19 dan 391 yang disyaki dan masih dalam siasatan, kini di rawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu 764 pesakit, termasuk 304 kes yang disyaki dijangkiti Covid-19 dan masih dalam siasatan, manakala 460 lagi pesakit disahkan positif, memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu Dr Noor Hisham memaklumkan 19,057 kes baharu, termasuk2,269 individu bukan warganegara Malaysia dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh itu.

“Daripada 19,057 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 405 kes atau 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,652 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 8,544 kes (44.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,393 kes (23.1 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau telah menerima dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua, manakala 6,120 kes (32.1 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, 16 lagi kluster baharu dikesan di seluruh negara membabitkan 12 jangkitan tempat kerja dengan 472 kes, komuniti (tiga kluster – 38 kes) dan satu kluster pendidikan yang membabitkan 59 kes.

Daripada jumlah kluster itu, Selangor dan Kelantan masing-masing merekodkan tiga kluster, masing-masing dua di Perak, Johor dan Terengganu, dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang, dan Sabah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
3 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
16 jam lalu · Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok