Selangor makin turun, Kedah pula naik mendadak

Ketika rancangan dibuat untuk memberi sedikit ‘kebebasan’ kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksin, jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi terus melepasi angka 12,500 kes.

Semalam sebanyak 12,541 kes dilaporkan, manakala pada Selasa (11,079 kes), dan Rabu (11,618 kes).

Kes tertinggi direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam Khamis lalu dengan 13,215 jangkitan, susulan saringan besar-besaran dilakukan khususnya di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh itu 12,528 kes baharu dilaporkan di seluruh negara menjadikan kumulatif kes sebanyak 905,851 kes.

Selangor walaupun kes semakin menunjukkan penurunan di mana hari ini melaporkan 4,985 jangkitan positif, namun masih kekal tertinggi diikuti Kuala Lumpur dengan 1,740 kes dan Negeri Sembilan 1,280 kes.

Kedah menunjukkan peningkatan sejak beberapa hari lalu dengan hari ini merekodkan kes tertinggi harian di negeri itu dengan mencatatkan 701 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, tujuh negeri merekodkan peningkatan kes iaitu Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu.

BERITA BERKAIT
POPULAR