
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 13 Ogos 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 13 Ogos) naik semula kepada 4,334 kes berbanding 3,943 yang direkodkan dalam tempoh sama pada Jumaat.
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal mencatat jangkitan harian tertinggi iaitu masing-masing 1,830 kes dan 829 kes, sementara Labuan merekodkan kes terendah sebanyak sembilan kes.
Menurut laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,732,502 kes, dengan 4,651,805 pesakit telah pulih, termasuk 5,082 yang sembuh semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 3,112 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 842 kes (individu lengkap dua dos); 353 kes (individu tidak divaksinasi); dan 27 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.
Sehingga semalam kes aktif turun lagi kepada 44,617 kes, berbanding 45,375 yang dicatat pada Jumaat, dengan seramai 42,926 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (43,701 pada Jumaat), dan 28 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (31 pada Jumaat).
Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital meningkat kepada 1,595 orang berbanding 1,577 pada Jumaat, manakala 68 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (66 pada Jumaat), dengan 44 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (45 pada Jumaat).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:
- Selangor – 1,830 (1,445,650);
- Kuala Lumpur – 829 (416,029);
- Johor – 82 (390,193);
- Sabah – 328 (385,405);
- Sarawak – 152 (310,974);
- Kedah – 101 (306,083);
- Pulau Pinang – 134 (293,034);
- Kelantan – 64 (250,552);
- Perak – 284 (218,813);
- Negeri Sembilan – 119 (216,331);
- Pahang – 74 (174,946);
- Melaka – 167 (131,101);
- Terengganu – 44 (127,912);
- Putrajaya – 104 (25,391);
- Labuan – 9 (22,036); dan
- Perlis – 13 (18,048).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai 10 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).
Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,080 kes, termasuk 7,669 kes kematian BID.
Lima daripada kes kematian baharu semalam dilaporkan di Johor, diikuti dua di Perak dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Sarawak serta Selangor.