Selangor, KL dikenakan PKPD selamat 14 hari bermula 3 Julai

July 1, 2021 · Isu semasa

Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Keputusan tersebut diumumkan ekoran kedua-dua negeri menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900 dan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Kesemua daerah di Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1 /100,000 penduduk.

Selain itu, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

“Sehubungan itu, melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021,” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini.

Pelaksanaan ini akan mengehadkan pergerakan penduduk yang hanya boleh bergerak dalam radius 10 kilometer dari kediaman masing-masing dan hanya seorang (1) sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli keperluan asas

Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.

Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas 8 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.

Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).

Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk dibenarkan beroperasi antara
8 pagi hingga 8 malam.

Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja dibenarkan.

Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam. Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:

Daerah Petaling
Mukim:
Petaling
Damansara
Sg Buloh
Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim:
Hulu Langat
Ampang
Cheras
Kajang
Semenyih
Beranang

Daerah Sepang
Mukim:
Dengkil
Labu
Sepang

Daerah Gombak
Mukim:
Batu
Rawang
Setapak
Hulu kelang
Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim:
Tanjung 12 (1)
Tanjung 12 (2)
Teluk Panglima Garang
Morib
Bandar
Jugra
Batu

Daerah Klang
Mukim:
Kapar
Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim:
Ijok
Bestari Jaya
Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim:
Serendah
Rasa
Ulu Yam
Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang  Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
Flat Sri Sabah  Kampung Puah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
Kampung Batu Muda
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok