Selangor kembali catat kes 4 angka, hanya 4 kluster baharu hari ini

October 20, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan Selangor kembali merekodkan kes empat angka.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 5,516 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh itu, turun sedikit berbanding 5,745 kes yang dicatat semalam.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri di seluruh negara hari ini, Selangor merekodkan 1,004 jangkitan baharu berbanding 888 kes semalam.

Negeri lain yang merekodkan peningkatan membabitkan Sarawak yang mencatat 767 kes baharu berbanding 749 semalam, diikuti Perak (393 kes baharu, 341 semalam); dan Terengganu (355 kes baharu, 281 semalam).

Pahang pula merekodkan 232 kes baharu, berbanding 223 semalam, diikuti Negeri Sembilan (127 kes baharu, 114 semalam); Perlis (29 kes baharu, 5 semalam); dan Labuan (12 kes baharu, dua semalam).

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hanya empat kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, terendah dalam tempoh beberapa bulan.

Jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan kluster yang dikesan sejak awal tahun lalu sehingga hari ini sebanyak 5,699 kluster dengan 5,085 telah ditamatkan dan 614 lagi masih aktif.

Daripada empat kluster itu, tiga adalah jangkitan di tempat kerja dan satu kluster pendidikan yang dikesan di Titiwangsa, Kuala Lumpur membabitkan tujuh individu positif daripada 31 yang disaring.

Dua kluster tempat kerja dikesan di Hulu Langat dengan 13 individu dijangkiti Covid-19 daripada 13 yang disaring, dan satu kluster lagi melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Klang, membabitkan 63 individu daripada 499 yang telah disaring.

Sementara itu, satu lagi kluster tempat kerja dikesan di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang melibatkan 14 individu daripada 97 yang disaring.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan daripada 5,516 jangkitan baharu hari ini 102 pesakit atau 1.8 peratus membabitkan kategori 3, 4, dan 5, manakala 5,414 lagi (98.2 peratus) kategori 1 dan 2.

“Seramai 669 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 333 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Data 20 Oktober 2021.

Berita berkaitan
1,597 kes baharu, enam kematian
December 10, 2022· Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
December 9, 2022· Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
December 8, 2022· Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok