Selangor kekal larangan kalimah ALLAH digunakan penganut agama lain

March 25, 2021 · Isu semasa

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan fatwa melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut bukan Islam dan tidak membenarkan ia dicetak dalam sebarang penerbitan agama Kristian di negeri tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan perkara tersebut sudah diwartakan di negeri Selangor pada 18 Februari 2010 lagi dan fatwa yang diperuntukkan itu menegaskan penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

“Penggunaan kalimah ALLAH untuk menyatakan idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai sesuatu agama bukan Islam di dalam negeri Selangor merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga berkata menyokong langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merayu keputusan mahkamah baru-baru ini yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain selain Islam.

“MAIS menyokong penuh tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak kerajaan Malaysia untuk merayu keputusan tersebut,” katanya lagi.

Pada 10 Mac lalu, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan tiga pengisytiharan deklarasi oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Mahkamah turut memutuskan selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan yang dibenarkan dalam penerbitan bahan agama Kristian ialah Kaabah, Baitullah dan solat.

Nor Bee dalam penghakimannya, berkata penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu bagaimanapun hendaklah disertakan dengan penafian (disclaimer) dan lambang salib pada kulit buku.

Susulan keputusan mahkamah tersebut ia mencetuskan polemik baharu sehingga menyebabkan pihak kerajaan membuat rayuan ekoran desakan daripada banyak kumpulan penganut agama Islam di Malaysia.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
15 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
15 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok