Selangor kekal catat kematian tertinggi akibat Covid-19 semalam

September 21, 2021 · Isu semasa

Seramai 301 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, turun 75 kes berbanding 376 kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pada Ahad, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi perkongsian dalam laman web COVIDNOW, KKM memaklumkan jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sejak awal tahun lalu mencapai 23,744 kes.

Jumlah kematian semalam termasuk 92 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau brought in death (BID). Keseluruhannya 4,564 kes BID dilaporkan setakat ini.

Tiga negeri mencatatkan peningkatan kes iaitu Johor sebanyak 52 kematian semalam, berbanding 43 kes pada Ahad; Perak (15 kes semalam, 8 kes Ahad); dan Perlis (satu kes semalam, sifar kematian pada Ahad).

Jumlah kematian di Selangor, walaupun merekodkan penurunan daripada 148 kes pada Ahad kepada 130 kes semalam, namun negeri itu kekal mencatat bilangan tertinggi di seluruh negara.

Kes aktif

Sementara itu, statistik KKM juga menunjukkan sehingga semalam kes aktif terus turun kepada 207,698, berbanding 210,468 pada Ahad dan 219,359 (Sabtu).

Daripada jumlah kes aktif itu, 172,648 atau 83.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah; 22,575 atau 10.9 peratus dirawat di PKRC, 11,321 atau 5.5 peratus di hospital; dan 1,154 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 633 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada jumlah pesakit yang dirawat di hospital, Johor merekodkan jumlah tertinggi membabitkan 2,072 kes; Selangor (1,826 kes); Sabah (1,244 kes); Sarawak (944 kes); Kelantan (889 kes); dan Perak (835 kes).

Kedah mencatat 736 kes yang dirawat di hospital seluruh negeri itu diikuti Pulau Pinang (707 kes); Pahang (488 kes); Kuala Lumpur (443 kes); Terengganu (341 kes); Melaka (288 kes); Negeri Sembilan (256 kes); Perlis (164 kes); Putrajaya (79 kes); dan Labuan (sembilan kes).

Sebelum ini, KKM melaporkan semalam sahaja 14,345 jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,107,433 kes, namun 1,880,733 kes telah sembuh.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Sejak PICK dilancarkan Februari lalu sehingga semalam, 78.8 peratus atau 18,453,322 individu dewasa telah lengkap divaksin sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Data juga menunjukkan 93.2 peratus atau 22,001,266 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19

Semalam sahaja sebanyak 219,081 dos vaksin diberikan membabitkan 60,773 penerima dos pertama dan 158,308 penerima melengkapkan dos kedua.

Secara keseluruhannya sejak PICK dilancarkan sehingga semalam lebih 40.37 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada penduduk negara ini.

Sementara itu, data KKM juga menunjukkan sehingga 19 September 2021, 46.1 peratus daripada vaksin yang diberikan di Malaysia membabitkan jenama Pfizer; Sinovac (45.7 peratus); AstraZeneca (8.0 peratus); dan CanSino (0.2 peratus).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok