Selangor catat 1,222 kes hari ini, sembilan kluster baharu dikesan

October 27, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri hari ini mencatat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan Selangor merekodkan lonjakan apabila mencatat 1,222 kes baharu, berbanding 929 semalam.

Tujuh negeri lain yang mencatat peningkatan kes ialah Sarawak membabitkan 780 kes baharu berbanding 713 semalam, diikuti Sabah (585 kes baharu, 565 semalam); dan Johor (555 kes baharu, 488 semalam).

Kedah juga merekodkan kenaikan jangkitan baharu dengan 496 kes berbanding 346 semalam, Pahang (365 kes baharu, 219 semalam); Perlis (42 kes baharu, 23 semalam); dan Labuan (enam kes baharu, tiga semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, sembilan kluster, enam daripadanya melibatkan jangkitan di tempat kerja dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam itu, menjadikan kumulatif sejak tahun lalu meningkat kepada 5,744 kluster, dengan 5,250 telah ditamatkan dan 494 lagi masih aktif.

Tiga lagi kluster baharu melibatkan pendidikan di Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan tujuh individu daripada 46 yang disaring; kluster kumpulan berisiko tinggi di Kinta dan Kuala Kangsar, Perak (24 individu daripada 82 saringan); dan kluster komuniti di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan (12 individu daripada 15 saringan).

Tiga kluster tempat kerja dikesan di Kuala Lumpur melibatkan Jalan Tasik Selatan Tiga, Cheras dengan tujuh individu daripada 32 saringan; Persiaran Bukit Kiara, Kepong dan Lembah Pantai (lima daripada 100 saringan); dan Jalan Raja Muda, Titiwangsa serta Cheras (10 individu daripada 26 saringan).

Selangor turut merekodkan dua kluster tempat kerja iaitu masing-masing di Industri Persiaran Kemajuan yang melibatkan daerah Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Petaling membabitkan 80 individu daripada 223 yang disaring, serta Industri Dua Jalan Sepuluh MIEL di Hulu Langat dan Sepang (17 individu daripada 34 yang disaring).

Kedah pula melaporkan satu kluster tempat kerja membabitkan daerah Kuala Muda dan Yan yang melibatkan 65 individu daripada 145 yang disaring.

Dr Noor Hisham juga berkata seramai 7,595 pesakit disahkan sembuh hari ini menjadikan kumulatif sebanyak 2,347,985 pesakit atau 95.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 2,448,372 kes.

Daripada jumlah kes harian hari ini, 21 melibatkan kes import dengan lapan daripada pesakit adalah bukan warganegara Malaysia, sementara 6,127 kes lagi adalah jangkitan tempatan yang turut membabitkan 242 bukan warganegara.

Seramai 563 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 292 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurutnya daripada jumlah kes hari ini juga, 101 pesakit atau 1.6 peratus melibatkan kategori 3, 4 dan 5, manakala 6,047 atau 98.4 peratus adalah pesakit kategori 1 dan 2.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok