Selangor benar Tarawih 20 rakaat

April 9, 2021 · Isu semasa

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membenarkan umat Islam mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Bagaimanapun katanya, pengurusan masjid dan surau dinasihatkan untuk membaca surah yang pendek atau ayat lazim, ketika menunaikan solat sunat itu.

“Prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Tarawih sama seperti solat Jumaat, di mana jemaah perlu bawa sejadah sendiri, membuat semakan suhu, memakai pelitup muka dan mendaftar terlebih dahulu sebelum ke masjid,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, kerajaan negeri mengambil pendekatan tidak menghebahkan SOP solat sunat Tarawih kepada umum, bagi mengelakkan berlakunya salah faham jemaah.

“Jadi kita taklimatkan sahaja kepada nazir dan pengerusi masjid yang bertanggungjawab, dalam memastikan protokol kesihatan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok