Selamatkah minum air hujan?

September 25, 2022 · Isu semasa

Air adalah komponen penting untuk tubuh manusia maka tidak hairan 60 peratus daripada badan kita terdiri daripada air.

Tubuh mengalami proses kehilangan air melalui pelbagai proses seperti berpeluh dan minum air setiap hari membantu menggantikan kehilangan cecair dan menjaga tubuh tetap sihat dan berfungsi dengan baik.

Sumber air boleh ditemui daripada pelbagai punca dan paling penting ia bersih dan selamat untuk diminum. Namun adakah air hujan selamat diminum?

Pertanyaan ini barangkali relevan ketika ini memandangkan Malaysia kini mengalami musim hujan lebat.

Healthline melaporkan tindakan minum air hujan tidak salah dan tidak mendatangkan mudarat selagi ia bersih. Faktanya, masih ada masyarakat di dunia yang bergantung kepada air hujan sebagai sumber utama air minuman mereka.

Bagaimanapun terdapat kajian menunjukkan air hujan di seluruh dunia kini tidak lagi selamat untuk diminum kerana paras bahan kimia toksik yang dikenali sebagai PFAS melebihi garis panduan terkini.

PFAS, yang merujuk pada bahan perfluoroalkil dan polifluoroalkil, pada mulanya ditemui dalam pembungkusan, syampu atau alat solek tetapi kini telah merebak ke seluruh persekitaran, termasuk air dan udara.

Pencemaran PFAS memberi kesan negatif kepada sistem pertahanan badan, tetapi kesan keseluruhan terhadap kesihatan manusia dan ekologi masih tidak diketahui.

Saintis yang diketuai oleh Ian Cousins, seorang profesor Sains Alam Sekitar di Universiti Stockholm, telah menjalankan ujian bagi empat jenis PFAS dan menganalisis beberapa ukuran lain.

“Walaupun di kawasan terpencil dan tidak ramai penduduk seperti Antartika dan dataran tinggi Tibet, PFAS yang dicatatkan adalah melebihi paras garis panduan,” kata Cousins dalam kajian yang diterbitkan minggu lepas.

Sebahagiannya mempunyai kaitan dengan garis panduan tahap PFAS, yang telah menurun dengan ketara di banyak negara. Sebagai contoh, nilai garis panduan air minuman yang baru dikeluarkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat untuk PFA penyebab kanser tertentu ialah 37.5 juta lebih kecil daripada standard sebelum ini.

Ia dilakukan selepas mendapati bahan kimia berkenaan berupaya menjejaskan tindak balas imun kanak-kanak terhadap vaksin.

Walaupun terdapat teknologi pembersihan yang boleh membantu membuang bahan kimia ini, ia memerlukan kos yang tinggi dan tidak akan dapat mengekstrak PFAS yang mencukupi untuk memenuhi had keselamatan baharu.

Cousins ​​berkata tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menunggu selama beberapa dekad.

“Ia akan perlahan-lahan mencairkan ke lautan. Kita juga boleh menghentikan larut lesap dari tapak pelupusan sampah lama (dengan menutup tapak pelupusan sampah dan merawat bahan larut lesap) dan memastikan sisa lama dibakar pada suhu tinggi,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Popular
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
750 mangsa banjir empat negeri ditempatkan di 13 PPS
2 jam lalu · Isu semasa
1,597 kes baharu, enam kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
16 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
21 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
20 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok