Sekutu Jho Low, Eric Tan diisytihar bankrap gagal bayar cukai

June 14, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bankrap selepas gagal melunaskan cukai pendapatan RM68,334,219.01 kepada kerajaan.

Penolong Kanan Pendaftar Chai Guan Hock membuat keputusan itu ke atas Tan dan merekodkan perintah kebankrapan selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Tan pada 15 Dis 2021, lapor Bernama.

Peguam Hasil Cawangan Guaman Lembah Klang Siti Maisarah Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Berdasarkan petisyen pemiutang, kerajaan memohon satu perintah kebankrapan dibuat mengenai harta kepunyaan Tan selaku penghutang kerana beliau berhutang dengan kerajaan sebanyak RM68,334,219.01 yang jumlah tersebut termasuk faedah dan kos dan ia merupakan tuntutan cukai pendapatan yang belum dibayar.

Petisyen itu menyatakan Tan dalam masa enam bulan sebelum tarikh penyerahan petisyen didakwa gagal mematuhi kehendak notis kebankrapan bertarikh 8 Jun 2021 yang telah dilanjutkan tempoh melalui perintah mahkamah bertarikh 30 Ogos 2021.

Notis kebankrapan itu diiklankan di News Straits Times pada 14 Sept 2021 serta ditampal di kediaman Tan pada 10 Sept 2021.

Pada 4 Mei 2021, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tan membayar cukai pendapatan RM67,996,891.87 dan faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi dan kos sebanyak RM2,000 kepada kerajaan selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui LHDN.

Kerajaan selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 15 Jan 2021 dengan menuntut Tan membayar tunggakan cukai berjumlah RM67,996,891.87 bagi tahun taksiran 2010 hingga 2013.

Berita berkaitan
Pengikut setia Najib dijemput ke mesyuarat MT ganti tempat Tajuddin
June 24, 2022· Politik
Puad tak mahu Menteri UMNO dipetik kes rasuah Zahid letak jawatan
June 24, 2022· Politik
Najib tak buat apa-apa berhubung pemindahan AS$700 juta 1MDB: Husni
June 22, 2022· Isu semasa
Pengundi dihalang mengundi semasa PRN Johor dibenar cabar SPR
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
10 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
42 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
1 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok